MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Monday 31 December 2012

Tapai Pulut



Harga : RM1.00 sebekas
Minimum : 100 cup

Ice Cream Malaysia..



Tempahan ice cream untuk majlis anda. Mesti best dapat makan ice cream kalau pegi kenduri yang sememangnya berpanasan di tengahari kan.. so kalau nak order boleh tapi self pick-up yer bawa cooler box skali. Kalau nak akak provide styrofoam box boleh juga tapi lain charge utk box yer.

Harga : RM0.30/pcs
Perisa: Anggur, Nenas, Lychee, Mangga, Oren, Sirap Ros, Sarsi, Tebu, Barli, Jagung, Asam Masin, Pandan & Strawberry.
Minimum order : 100 pcs/ perisa


Sunday 30 December 2012

Door Gift Idea. So cute..:-)





















Idea untuk doorgift boleh letak apa-apa yg anda suka mengikut kreativiti masing-masing.. nak letak cookies, candy, jelly beans, marshmallow, coklat atau kekacang pun boleh..hehehh

Sumber : Google Image


How to tie ribbon onto wedding favor box









Buat sendiri jimat belanja. Yang penting caranya mesti betul untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Resipi Roti Jala + Santan

Lama x update blog ni, rasa rindulah pulak heheheh.. Maklumlah cuti sekolah panjang sangat. Minggu depan sekolah dah nak buka, so sibuklah sikit nak uruskan persiapan anak yg baru nak melangkah ke tahun satu dengan abangnya ke tahun 2. Kakak yg sulung still dlm mood cuti sampai hujung minggu persekolahan bermula.. Ohh, sukanya dia yer!

Melalutlah pulak sebenarnya nak kongsi resipi roti jala ni. Kalau dulu ressipinya guna susu segar yg ni pula guna santan kelapa lagi wangi dan harum baunya, x sabar rasa nak makan heheheh.. Kalau rajin boleh cuba..



Bahan-Bahan:- (Untuk 4 orang makan)

* 2 cawan tepung gandum
* 2  cawan air dibancuh dengan 1 paket santan serbuk segera
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.

2. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian.

Wednesday 19 December 2012

Resipi Kek Gula Hangus




Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sk baking soda
4 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla


Cara-cara:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair kemudian masukkan mentega. Biarkan sejuk dan ketepikan.
3. Pukul telur hingga betul2 kembang, masukkan susu pekat ke dalam telur dan kacau sebati.
4. Massukkan tepung & baking soda. Sebatikan.
5. Akhir sekali masukkan air gula yg telah sejuk tadi. Perap adunan lebih kurang 3-4 jam dalam loyang yg telah di grease terlebih dahulu dan bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam..

Selamat mencuba..

Tuesday 18 December 2012

Saturday 15 December 2012

Coklat Oreo Drizzle

Another order dari regular customer untuk makan-makan 1 family katanya.. Hehe, anyway tq, sis.. Cukup ker? Kalau x cukup jangan segan-segan order lagi yer..







Friday 14 December 2012

Coklat Durian

Order dari regular customer yg sememangnya sukakan coklat durian ni. Sekali order 2 bekas sekali. Tq for your support dear..:-)









Wednesday 12 December 2012

Resipi Popiah Goreng





Bahan-bahan (15 biji)

1) kulit popiah
2) taugeh 3 genggam
3) karot sebatang- dihiris memanjang dan nipis
4) dada ayam sekeping- didadu
5) 2 biji telur ayam
6) 3 ulas bawang merah- dimayang halus
7) 2 ulas bawang putih- dimayang halus
8) 1 sudu kecil lada sulah
9) 1 sudu kecil garam
10) 1 sudu kecil serbuk pati ayam
11) sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1) Masukkan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang hingga naik baunya.
2) Masukkan isi ayam dan gaul hingga masak kemudian masukkan carot tunggu sedikit layu masukkan telur kacau sebati.
3) Bila telur sudah mengering masukkan taugeh,garam, lada sulah & serbuk pati ayam. Kacau hingga masak & toskan.
4) Sudukan 1 sudu besar ke atas kulit popiah dan kemudian bolehlah dibalut. Untuk gam kulit popiah guna air pun boleh..

Resipi Bubur Cha Cha


Kita panggil bubur ni bubur cha cha. Tapi tak tahulah kalau ada gelaran panggilan yang lain untuk bubur ni. But this is just the way i like to serve it, with my own taste..:-)


Bahan-bahan:

1) Cha cha - sepeket
2) 500ml Santan
3) 1 buku gula Melaka
4) *1 biji keledek kuning
5) *1 biji keledek unggu
6) 6 sudu besar susu pekat
7) air secukupnya
8) 3 helai daun pandan disimpul
9) Sedikit garam

Cara-cara:

1) Bahan yg bertanda * adalah optional. Potong dadu bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam periuk kemudian di isi dengan air elok-elok tenggelam keledek tu, masuk daun pandan yg telah disimpul. Masak sehingga keledek hampir empuk.

2) Setelah hampir empuk masukkan cha-cha dan biar kembang sedikit kemudian bolehlah dimasukkan santan, gula melaka, susu pekat & garam. Kalau suka manis-manis boleh tambah gula.

Friday 7 December 2012

Promosi Choc Moist Cupcakes

Promosi choc moist cupcakes dengan topping coklat in souffle cup size M (2.5oz) @ RM1.50/pcs termasuk individual packaging, dengan pembelian minimum 100pcs. Tawaran sah sehingga akhir bulan ini sahaja. Jom order sekarang!



Doorgift Choc Moist Cupcakes 100pcs

Ini pun order dari Myza jugak..tq dear..



Doorgift Brownies 100pcs

Order dari Myza untuk dibawa pulang ke johor semperna majlis perkahwinannya pada hari ahad ni. Selamat Pengantin Baru Myza & Fendi.. :-)& Terima kasih sudi order dgn akak.

Size Brownies 2"x2"x1"++




Sunday 2 December 2012

Roti Jala & Serawa Durian

Mula-mula nak masak serabai makan dengan serawa durian ni, tiba2 malas nak keluar beli bahan2, so masaklah ikut apa yg ada dlm stok. Tu yang jadi roti jala & serawa durian tu.. hehehe





Bahan-Bahan:-

* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/2 cawan susu segar
* 1/2 cawan air
* 1 biji telur
* 1 sk garam
* pewarna kuning

Cara-cara:-

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati.

2. Perap dalam 1/2 jam. Kemudian ditapis. Sediakan kuali leper & acuan roti jala.

3. Masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan roti jala dan lihat adunan (jika keluar menitis-nitis tambah lagi sedikit air. Adunan harus keluar mengalir tanpa putus-putus) dan bolehlah menjala di dengan api yang perlahan selama lebih kurang seminit dan bolehlah dimakan dengan kari ayam atau serawa durian..hehehe


Serawa Durian:-

* 300g gula melaka

* 2 sb gula pasir

* 200ml Air

* 800 ml santan

* 1/2 sk garam

* 6-8 ulas isi durian (@ lebih ikut selera)

* 2 helai daun pandan


Cara-cara:-

1. Didihkan air kemudian masukkan gula melaka dan gula. Bila gula dah larut masukkan santan, isi durian, daun pandan dan garam. Masak hingga isi durian layu..

Saturday 1 December 2012

Lollychocs Oreo with Edible Image

Coklat oreo jugak ni, cuma bila letak stick jadilah lollychocs :-)




Gold Transparent Box

Box ini boleh digunakan untuk mengisi brownies, coklat oreo, coklat praline 2pcs ataupun tart.. Buat isi sweets pun ok gak.. ikut kreativiti masing-masing.



Small @ 1.8" x 1.8" x 1.5"
Medium @ 2" x 2" x 1.5"

Marble Cheese Brownies

Brownies yang dilapisi cream cheese.. emm, sedappp..he3




Friday 30 November 2012

Product Pricing


CUPCAKES SIZE & PRICING
S - 2.5cm / 1.5 top dia - 2oz
M - 5.5cm / 2.25 top dia - 2.5oz
L - 6.0cm / 2.50 top dia - 3.5oz

1. Buttercream / Chocolate Ganache
Small Solo Cup + Packaging
16 (S) - RM35.00
25 (S) - RM50.00
16 (M) - RM38.00
25 (M) - RM 55.00

2. Buttercream + Edible Image
Small Solo Cup + Packaging
16 (S) - RM38.00
25 (S) - RM55.00
16 (M) - RM45.00
25 (M) - RM68.00

Individual Packaging :
+ RM0.20/pcs



SENARAI HARGA MUFFINS
SMALL
RM1-20/ pcs
RM1-00/pcs for 100pcs above

MEDIUM
RM1-60/pcs
RM1-50/pcs for 100pcs above

FLAVOUR : Coklat, Vanilla, Strawberry, Orange & Pandan.

FILLING : Strawberry, Blueberry, Pandan Kaya & Coklat.

MINIMUM ORDER : 25 pcs

Individual Packaging:
+ RM0-20/pcs



SENARAI HARGA COKLAT PRALINE TERMASUK KOTAK + REBEN
25 Cavity (Plain Coklat) = RM28
25 Cavity (Colouring) = RM30
25 Cavity (Colouring + Alphabet) = RM32


35 Cavity (Plain Coklat) = RM38
35 Cavity (Colouring) = RM40
35 Cavity (Colouring + Alphabet) = RM42

** Filling kacang almond @ hazelnut only

Resipi Nasi Minyak Hujan Panas

Bolehlah dihidangkan dengan acar timun, ayam masak merah, gulai daging atau masak kurma.. Ikut selera masing-masing.







Bahan-bahan: (5-6 orang)
* 4 cawan beras basmathi
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 Helai daun pandan
* pewarna merah/pink, hijau & kuning


Bahan tumis:-
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga

Bahan untuk hiasan:
* Bawang goreng & kismis @ gajus



Cara-cara:
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris halia nipis2 dan mayang semua bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
4. Masukkan ke dalam beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna di tempat berasingan. Bila dah masak gemburkan nasi tadi dan bolehlah dihias dengan gajus, kismis atau bawang goreng jika suka..

Thursday 29 November 2012

Puding Jagung

Puding jagung dengan tekstur yg lembut gitu.. Untuk jamuan atau doorgift memang sesuai diletakkan dalam container, senang sikit nak makan. Selalunya kalau kita makan puding, tangan selalu melekitkan. Kalau makan dalam container & ada sudu pulak tu, tak basuh tangan pun tak apa. Hehe... Siapa2 yang nak order untuk jamuan makan boleh sms @ email saya ok. Tq.

Minimum order 100 pcs @ RM0.60/pcs
* with individual container & spoon.






Wednesday 28 November 2012

Resipi Puding Gula Hangus..

Senang sangat siapa pun boleh buat..




Bahan-bahannya:- (Loyang 8")

* 3 sudu besar gula pasir
* 1 tin susu pekat
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 2 sudu kecil essence vanilla


Cara memasak:-

1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api yang sederhana kecil. Masak gula sampai kekuningan. (gula jangan dikacau) Bila dah cair, lenggang-lenggang loyang tu biar gula tu rata.

2. Pukul telur sampai berbuih kemudian masukkan susu pekat. Kacau rata baru masukkan air dan essence vanilla.

3. Kemudian tuangkan adunan tadi atas gula yang dah beku dan bolehlah dikukus sampai masak. Bagi yang tak ada pengukus tu, boleh cuba kaedah Bain Marie, macam akak hehehe. Bakar @ kukus dalam 45 minit gitulah..

4. Bila dah sejuk terlangkupkan dan bolehlah dijamu.. Lagi sedap bila disejukkan dalam peti.


Selamat Mencuba..:-)


Kaedah Bain Marie.


Sumber: google image.

Monday 26 November 2012

Lemon Bars

Hurm.. Lemon bars ni lebih kurang mcm dessertlah dengan teksturnya yang crunchy dibawah dan dengan topping yang lembut seperti puding. Kemewahan rasa lemon yang masam-masam manis sungguh menambat rasa. Hehe.. For doorgift boleh letak dlm "Gold Transparent Box" yang akak buat letak brownies tu,ok..