MENERIMA TEMPAHAN ANEKA DESSERTS SEPERTI HOMEMADE CHOCOLATE, COOKIES, MUFFINS, CUPCAKES, PUDDINGS, TARTLETS, KEK FONDANT UNTUK JUADAH DI MAJLIS PERKAHWINAN, MAJLIS AQIQAH, MAJLIS KHATAM QURAN, MAJLIS HARI LAHIR, MAJLIS KORPORAT ATAU SEBARANG MAJLIS KERAIAN. DAPATKAN DOORGIFT DAN HAMPER PADA HARGA YANG BERPATUTAN. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HARGA DAN QUOTATION ANDA BOLEH MENGHANTAR EMAIL / PM SAYA DI FACEBOOK @ MELALUI WHATSAPP. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Wednesday 29 August 2012

Red Velvet Cupcake With Cream Cheese Frosting

Red Velvet Cupcake in Small Solo Cup

Tentu anda tertanya-tanya apa yang menarik tentang cupcake nie? Haa.. kalau nak tahu keistimewaan cupcake ni terletak pada frostingnya 'masam-masam manis gitu..'ianya lain dari yang lain dan selain dari warnanya yang merah. Actually cupcake ni ada letak sedikit cocoa powder dan bukannya pewarna merah semata-mata. Heheheee..

12pcs @ RM25-00(s)/ RM30-00(m)
25pcs @ RM45-00 (s)/ RM60.00 (m)

* Harga termasuk packaging & kotak
*saiz medium lebih kurang saiz muffin

For Doorgift Price Included Individual Packaging

Small Solo Cup 500pcs @ RM1-20/pcs
Medium Solo Cup 500pcs @ RM1-70/pcs


















Teddy Bear Fondant Cake

Request dari Qistina untuk sambutan majlis hari raya di Genius Aulad. Nampak berkilat tu bukan apa, kek berpeluh setelah dikeluarkan dari peti:)










Wednesday 15 August 2012

Hamper Cookies @ RM45.00

Tempahan satu set hamper dari ummi Khalish untuk dijadikan hadiah dan satu set cookies untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Terima kasih yer ustazah Biena :)


Kandungan Hamper:

*Almond Chocolate Chip cookies - RM23-00
*Chocolate Chip Cookies - RM23-00

# Pembungkusan hamper dan riben PERCUMA! Untuk tempahan boleh hubungi saya bila-bila masa.






Friday 10 August 2012

Puding Santan

Puding santan biasa jer tapi bila letak dalam acuan yang macam nie nampak lain dari biasa..:)








Agar- Agar

Dessert agar-agar @ puding dengan campuran koktail buah-buahan yang dilapisi dengan santan kelapa dan susu segar. Sesuai dijadikan sebagai hantaran dan menu untuk rumah terbuka di hari lebaran nanti. Maaf,sebab guna camera hp jer sebab tu malap semacam jer..:)


Harga : RM48.00 Saiz 9" Heart Shape








Tart Nenas

Tart Nenas dengan taburan hundred thousand sebagai penyeri di hari lebaran. Di buat atas permintaan untuk mengekalkan rasa fresh.. Dijamin halal dan sedap:)

Harga : RM22.00
Kuantiti : 48-50 Biji








Thursday 9 August 2012

Jenis-jenis tepung dan kegunaannya..

Ada pelbagai jenis tepung dipasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih-muih, kek, pastri biskut atau roti. Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak digunakan bagi memastikan anda menggunakan tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.




Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
- Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah dicampur dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat jadi tidak perlulah menambah serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek





Tepung High Protein (Tepung Roti)
- Dikenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila diuli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut.





Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
- Dikenali sebagai tepung kek atau tepung Superfine. Tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.





Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Tepung Red Rose atau lebih dikenali dengan nama tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun dicampur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenig ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh ditambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut.





Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
- Tepung jenis ini senang didapati dipasaran dan harganya jauh lebih rendah seperti cap wau, cap sauh dan cap kunci. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu ditambah dengan serbuk penaik dan diayak 2-3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.




Tepung Hoen Kwee
- Tepung jenis ini diperbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih-muih dan puding. Boleh didapati dalam paket-paket kecil dalam tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.



Tepung Hong Kong (Waterlily Flour)
- Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana ia menjadikan teksturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih-muih.



Lain-lain jenis tepung
- Antaranya ialah tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi, tepung kentang, tepung sago, tepung susu. Kesemua jenis tepung ini digunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih-muih, puding, kek dan biskut.

Sekian, wassalam.

Carta Sukatan

Carta sukatan OZ > GRAM > CAWAN (Anggaran)

1/2 oz >15g > 1/4 wan

1 oz > 30g > 1/2 cawan

2 oz > 60g > 3/4 cawan

3 oz > 90g > 1 cawan

4 oz > 125g > 1 1/4 cawan

6 oz > 185g > 1 1/2 cawan

8 oz > 250g > 2 cawan

12 oz > 375 > 2 1/2 cawan




SUKATAN CECAIR (Anggaran)

1 fl oz > 30ml

2 fl oz >60ml

4 fl oz > 100ml

5 fl oz > 125ml

6 fl oz > 150ml

8 fl oz > 180ml

12 fl oz > 250ml

20 fl oz > 310ml




TIMBANGAN BERAT

300 gm = 8 tahil
150 gm = 4 tahil
450 gm = 1 paun
25 gm = 1 auns




ISIPADU

sudu besar tepung = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar gula = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar mentega = 30 gm = 1 auns
1 sudu besar = 15 ml
1 sudu teh = 5 ml
1 liter = 41/2 cawan
250 ml = 1/2 pain




VOLUME MEASUREMENTS (BAHAN KERING)

1/4 tsp = 1 mL
1/2 tsp = 2 mL
3/4 tsp = 4 mL
1 tsp = 5 mL
1 tbsp = 15 mL
2 tbsp = 30 mL
1/4 cup = 60 mL
1/3 cup = 75 mL
1/2 cup = 125 mL
2/3 cup = 150 mL
3/4 cup = 175 mL
1 cup = 250 mL
2 cups = 1 pint = 500 mL
3 cups = 750 mL
4 cups = 1 quart = 1 L


Baking Glossary

All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) – Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakan
seperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

Batter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

Bake (bakar) -Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

Baking Powder (serbuk penaik) – agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supaya
naik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

Baking Soda (soda bikarbonat) – adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid seperti
kek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Ia
menutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

Bain-Marie – Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

Bread Improver – Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.

Bread Softener – Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

Buttermilk (susu masam) – Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

Chemical Leavening (bahan penaik kimia) - digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

Cream of Tartar (serbuk krim tartar) – garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul
dan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

Coklat Couverture – Coklat semulajadi yang manis dan
bermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

Cooking chocolate (coklat masakan) – Coklat jenis ini
sering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

Cupcakes (kek cawan) – Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

Creaming (mengkerim) – Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kek
mentega.

Confectioners Sugar (gula aising) – gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

Chiffon Method (Kaedah Sifon) – Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

Double Boiler – Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.

Decorating Tips – Sejenis alat seperti acuan untuk menghias kek.Ia diperbuat dari logam dan berbentuk kon. Alat ini dimasukan ke dalam beg piping dan isikan krim mentega . Picit mengikut bentuk disukai.

Emplex - Bahan perangup biskut yang berbentuk serbuk putih. Dijual di kebanyakan kedai bahan kek.

Egg Wash @Glaze – Telur yang dicampur sedikit susu atau air dan disapu atas roti dan pastri untuk menjadikan permukaannya kekuningan dan berkilat.

Fondant (Fondan) – Doh lembut yang diperbuat dari gula aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa.Digunakan untuk membalut kek perkahwinan atau pertunangan.

Fermentation (fermentasi) – Tempoh masa diberikan kepada adunan beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar.Proses ini berlaku apabila enzim yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbon
dioksida dan menghasilkan buih-buih udara yang menyebabkan doh
mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan untuk membuat roti atau pau.

Gluten (glutin) – Protin yang terkandung dalam tepung gandum. Apabila dicampur air dan diuli, glutin akan terbentuk dan memberi struktur kenyal dan elastik.

Glucose Syrup (Sirap glukos) – Sejenis gula komersil yang berupa seperti sirap gula dan bewarna jernih.Ia tidak akan menjadi keras dan sesuai untuk industri makanan. Ia juga dikenali sebagai dextrose.

Gelatin (jelatin) – Adalah sejenis bahan pemekat dan pembeku yang digunakan untuk membuat kek keju, mousse dan lain-lain. Jelatin halal dari Pakistan dibuat dari bahan tumbuhan.Berupa seperti serbuk gula tetapi bewarna sedikit perang.

Genoise Cake (Kek Genoise) – Kek ringan dan lembut diperbuat dari tepung gandum,gula, telur mentega dan vanila.Teksturnya seakan kek span. Berasal dari Genoa, Itali dan resipi ini popular di Amerika dan Eropah.

Ganache – Salutan kek yang diperbuat dari coklat. Susu dipanaskan hingga mendidih.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Gaul dengan sudu hingga coklat cair. Kemudian bolehlah tuang atas kek.

Glyserin (gliserin) – Sejenis cairan jernih seperti sirap yang diperbuat dari lemak dan minyak. Berfungsi untuk memberi dan mengekalkan kelembapan pada kek ataupun fondant.

Golden Syrup (sirap emas) – bahan sampingan dari proses penapisan gula. Ia bewarna keperangan dan pekat.Rasanya seakan gula hangus.

Mousse - Inti atau filling yang diletakkan diantara dua kepingan kek. Ia diperbuat daripada krim putar, gelatin dan buah-buahan kisar. Kek ini enak dimakan sebagai pencuci mulut dan perlu disejukkan.

Marzipan – Pes yang diperbuat dari serbuk badam, gula dan putih telur. Ia dijadikan doh yang lembut dan dibentuk menjadi buah-buahan dan lain-lain untuk hiasan atas kek.Juga boleh digunakan untuk membalut kek.

Piping Jelly (Jelli hiasan) - Sejenis gel manis yang lutsinar dan boleh diwarnakan untuk hiasan atas kek atau untuk memaip tulisan.

Piping Bag – Beg berbentuk segi tiga daripada plastik atau kertas yang digunakan untuk mengisi aising.

Petits Fours – Makanan manis yang kecil-kecil, cantik dan berhias aising. Selalunya dihidangkan selepas waktu makan.

Preheat - Memanaskan ketuhar atau pengukus kepada suhu tertentu sebelum memasukkan makanan.

Royal Icing (Aising Royal)- Aising yang diperbuat dari putih telur, air, gula atau krim tartar. Ia pekat seperti aising mentega dan boleh diwarnakan. Ia boleh menyalut kek , membuat bunga atau untuk corak atas kek fondan.

Room Temperature (Suhu Bilik) – Suhu kebiasaan bagi dapur.

Stabilizer (penstabil) – Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam adunan kek bagi menghalang pemisahan bahan seperti air dan lemak. Ovalette adalah contoh penstabil.

Super Sponge – Bahan emulsi dan penstabil yang digunakan dalam pembuatan kek span supaya kek span sentiasa gebu. Nama lain bagi super sponge ialah ovalette, Quick 75, TBM dan lain-lain. Bahan ini dalam bentuk pes bewarna oren.

Sugar Paste (Pes Gula) – Bahan yang diperbuat dari gula aising,tepung jagung dan gelatin. Bahan ini diuli menjadi doh lembut dan boleh dibentuk menjadi bunga, kotak dan lain-lain. Ia keras dan tahan lama. Sesuai untuk hiasan atas kek fondan.Nama lain ialah gum paste atau
pastillage.

Shortening - Sejenis lemak putih yang terhasil dari pemprosesan kelapa sawit.Digunakan dengan meluas dalam pembuatan roti dan pastri untuk melembutkan atau merangupkan produk.

Self-raising Flour (Tepung Naik Sendiri) – Tepung gandum serbaguna yang telah dicampurkan serbuk penaik dengan kadar tertentu. Anda tidak perlu mencampurkan serbuk penaik lagi.

Springform Pan – Tin atau acuan bentuk bulat yang boleh dibuka di bahagian tepi dan dasarnya. Ia sesuai untuk membuat kek keju kerana mudah dikeluarkan.

Whipping Cream (Krim Putar) – Diperbuat dari krim pekat, gula dan ada bahan penstabil agar produk tetap gebu selepas diputar. Whipping Cream for Topping lebih sesuai untuk menyalut kek. Manakala Dairy Whipping Cream lebih sesuai dicampurkan dalam masakan.

Turntable (meja berputar) – Sejenis alat berbentuk bulat dan berkaki, yang digunakan untuk meletakkan kek dalam proses menghias kek. Alat ini diperbuat dari besi, kayu atau plastik. Ia boleh diputar untuk memudahkan kerja menghias kek.

Tempering – Proses mencair dan menyejukkan coklat kepada suhu tertentu, untuk digunakan bagi menyalut kek atau membuat produk dari coklat.

Yeast (Yis) – Sejenis organisma hidup dalam keluarga kulat (fungus). Ia perlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup.Di pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Untuk mempercepatkan proses yis mengembang, ia perlu diletakkan di tempat hangat. Yis digunakan dalam pembuatan roti, pau dan kuih-muih.

Ovalette - buat kek lebih gebu, ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Kepada mereka yang tidak pernah menggunakan ovalette apa kata anda cuba resipi kek kukus ini yang menggunakan ovalette sebagai bahan penstabil kek.

Sumber : www.homebaking.org





Istilah-istilah yang biasa digunakan :



1. Wine - Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur kadar alcohol by volume (abv) berbeza2 antara 10-20%.

2. Beer - Hasil fermentasi gandum atau barley 4% to 6% alcohol by volume (abv)

3. Wiski - Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli 35-62.5% alcohol by volume (abv)

4. Brandy - Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine mengandungi 35%-60% alcohol by volume (abv)

4. Cocktail - Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).

5. Cider - Hasil fermentasi epal 2% abv hinga 8.5% abv atau lebih

5. Rum - Hasil fermentasi tebu 40-50% abv

6. Tuak - Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

7. Mojito - Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.

8. Spirits - Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol

9. Liquor - Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol

10. Pinacolada - Sejenis cocktail berasaskan jus nenas yang mengandungi rum.

11. Gin - Sejenis arak daripada buah ‘juniper berries’

12. Bitters -Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.

13. Nasih , Baa atau b’a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar - merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.

14. Tequila - Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada ‘blue agave plant’

15. Margarita - Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada ‘glass rim’.

16.Champagne - Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua

17. Sake - Hasil fermentasi beras.

18. Mirin - Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)

19. Todi - Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)

20. Scotch - Sejenis wisky dihasilkan di Scotland

Dari Sumber FB Sahabat Halal Jakim

Sunday 5 August 2012

Kek Fondant

Sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau pertunangan. Pilihan warna boleh diubahsuai mengikut tema majlis anda.

Jenis kek: Kek butter / Kek coklat moist
Harga: RM155.00 (Termasuk Cake Box transparent / Batik design)















Friday 3 August 2012

Coklat Oreo Edible Image @ RM2.50/pcs


Kombinasi dua rasa berbeza. Coklat dan biskut oreo. Sesuai dijadikan doorgift untuk pelbagai majlis. Terdapat dalam pelbagai kartun edible image yang lain seperti Ben10, Angry Birds, Spiderman dan lain-lain lagi.

1pcs Coklat Oreo + Box + Riben @ RM2.50





4pcs Coklat Oreo + Box + Riben @ RM13.00


Wednesday 1 August 2012

Promotion Homemade Cookies as Doorgift @ RM1.30

Almond Chocolate Chip Cookies juga sesuai dijadikan sebagai doogift untuk para tetamu anda dengan kelazatan yang dijamin halal & sedap.